Like page FB : https://www.facebook.com/MummyMean.DaddyRie.Shine

Follow blog : click button follow di blog Vitamin Bite

Monday, April 22, 2013

Asas Kitaran Haid


Dalam beberapa hari sebulan, kamu mungkin rasa sedikit kembung dan moody. Ini menandakan permulaan kitaran haid kamu, iaitu apabila period tiba. Bagi kebanyakan wanita, ia berlaku pada setiap bulan. Ia mungkin tidak terlalu kerap bagi sesetengah wanita yang lain.
Berapa lamakah satu Kitaran Haid?
Biasanya ia akan berpanjangan sehingga 28 hari tetapi ia bergantung kepada individu tertentu. Kamu boleh menganggap kitaran yang 21 hingga 35 hari sebagai normal. Hari pertama kitaran bermula merupakan hari pertama kamu datang haid. Ia akan berakhir sebelum haid kamu yang seterusnya bermula.



 Apakah yang terjadi setiap bulan semasa kitaran?
Setiap bulan, selepas penghujung period kamu, otak kamu akan menghantarkan signal kepada telur yang disimpan di dalam ovari, untuk memberitahunya agar mula berkembang. Antara beratus-ratus telur yang disimpan di dalam ovari, hanya satu yang akan dibebaskan setiap bulan. Telur ini kemudiannya bergerak masuk ke tiub fallopio di mana ia menunggu untuk bersatu dengan sperma. Proses ini dipanggil persenyawaan. Sekiranya persenyawaan berlaku, maka terjadilah kehamilan. Jika tiada persenyawaan, telur itu akan pecah.
Pada masa telur bergerak melalui tiub fallopio, lapisan uterus kamu sedang disediakan oleh ovari sekiranya berlaku sebarang kehamilan. Hormon yang dibebaskan oleh ovari kemudian menebalkan lapisan uterus dan meningkatkan bilangan dan saiz pembuluh darah bagi menyediakan uterus untuk telur yang telah disenyawakan. Sekiranya tiada persenyawaan berlaku, lapisan uterus yang tebal ini akan runtuh. Period kamu akan bermula apabila lapisan yang telah pecah ini melalui serviks kamu dan terus ke vagina.



Period: Berapa Banyak, Bila?

Sebaik sahaja kamu lebih mengenali kitaran haid kamu, kamu akan tahu apa yang normal dan apa yang luar biasa. Sekiranya kamu seorang atlit atau menjalani diet yang keterlaluan baru-baru ini, kamu mungkin melihat terdapatnya perubahan pada kitaran haid kamu. Apabila perubahan ini berlaku, kamu mungkin perlu diperiksa oleh doktor untuk mengetahui penyebabnya.
 Apa maknanya apabila saya mempunyai haid yang tidak tetap?
Haid yang tidak tetap bermaksud yang kamu tidak didatangi haid setiap bulan. Ia mungkin ada pada bulan ini dan tiada pada bulan berikutnya atau ia mungkin datang secara jarang-jarang dari masa ke semasa. Kitaran yang tidak tetap ini biasanya dalam istilah perubatan dikenali sebagai metroragia. Kamu sebenarnya mengalami haid di antara tarikh yang kamu dijangka untuk haid. Ia mungkin disebabkan oleh:
  • Ketumbuhan seperti polips atau sista pada uterus
  • Endometriosis
  • Penggunaan pencegah kehamilan
  • Ketidakseimbangan hormon



Apa maknanya sekiranya haid saya terlalu sedikit dan terlalu jarang berlaku?
Apabila kamu mengalami aliran haid yang sedikit yang berlaku setiap 35 hari atau lebih, dan kamu mungkin mendapat oligomenorea. Ia mungkin disebabkan oleh:
  • Hormon lelaki berlebihan dalam tubuh yang disebabkan oleh sindrom ovari polisista
  • Tiada telur yang dibebaskan oleh ovari ( tiada ovulasi)
  • Tekanan emosi
  • Pemakanan yang kurang disebabkan diet keterlaluan
  • Aktiviti fizikal yang terlalu keras
Apa maknanya jika haid saya datang terlalu kerap?
Sekiranya kamu didatangi haid setiap dua atau tiga minggu, kamu mungkin mengalami
polimenorea. Pendarahan haid ini berlaku kurang dari selang 3 minggu. Ia mungkin di alami
semasa dua tahun pertama selepas period kali pertama. Ia juga mungkin disebabkan oleh:
  • Tiada ovulasi
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Tekanan emosi
  • Pemakanan tak seimbang
  • Aktiviti fizikal yang terlalu banyak

Apa maknanya jika haid saya datang setiap bulan tetapi dengan aliran yang terlalu banyak?
Kamu mempunyai kitaran haid yang tetap tetapi terdapat faktor lain yang menyebabkan aliran kamu menjadi banyak. Pendarahan banyak ketika haid dipanggil menoragia. Ia biasanya berlaku apabila aliran darah semasa haid lebih dari 5 sudu besar atau 80 ml. Ia mungkin disebabkan oleh:
  • Ketumbuhan seperti polips atau sista pada uterus
  • Tiada ovulasi berlaku untuk satu jangka waktu lama
So pada customer Amy yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, first product yang Amy akan syorkan pastinya ialah GLA..Kenapa GLA?



GLA Complex Shaklee mengandungi GLA (Gamma Linolenik Asid) dan sunflower oil. GLA telah digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. Ia merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin iaitu hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6.
Kelebihan GLA ni bukan sahaja dapat membantu membetulkan semula kitaran haid anda, malahan juga boleh meningkatkan kesuburan anda.Nak cuba??


I’m a Shaklee Independent Distributor
ID : 933321
Puchong, Putrajaya, Kinrara
HP No. =017-40 999 56
Email = emasyok@gmail.com

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::



No comments:

Post a Comment

MAHERAN BINTI MAHTAR
ID 933321
emasyok@gmail.com
017-4099956
Puchong Kinrara Putrajaya Subang Jaya Shah Alam
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Popular Posts