Like page FB : https://www.facebook.com/MummyMean.DaddyRie.Shine

Follow blog : click button follow di blog Vitamin Bite

Friday, May 23, 2014

Panda ke Malaysia

Assalamualaikum wbt...

Tak habis-habis dengan isu panda... Semua dok merungut itu tak kena ini tak kena... Kenapalah nak merungut itu susah ini susah... Semua susah... Semua masalah... Pelik aku ngan orang Malaysia nie...

Kos sara hidup semakin tinggi... Kalau panda itu tak datang ke Malaysia pun kita masih terasa bahang kos sara hidup tersebut... Rakyat Malaysia berjumlah 26 juta... Jika harga Panda 25 juta maka RM1 seorang...

Gitu lah kot calculation nya... Okey, kadang- kadang saya rasa kenapa orang tak nak cari imcome yea?
Buat la apa-apa kerja partime yang membolehkan anda dapat sedikit pendapatan pasif...

Buat Shaklee dengan saya... Hanya promote di facebook, instagram kalau ada, di tempat kerja...
Hanya perlu online... Orang order, orang bayar dan anda terus order online... Itu jelah... Tengah bulan depan dapat duit berupa bonus dari Shaklee... Susah ke? Rasanya tak susah pun... Even kalau tak promote pun, u akan online scrolling up n down je fb tu... Baca kisah orang sana sini... Korek sana korek sini... Kan leboh baik awak tambah pendapatan dan tolong family awak...

Kadang-kadang saya tak faham kenapa mereka suka merungut? Buat lah sesuatu... Yang mungkin boleh jana pendapatan... Kalau bukan untuk diri kita, buat lah demi anak-anak dan keluarga...

So, jangan merungut ye... Kalau rasa nak joint Shaklee dan buat sama-sama dengan saya silakan call saya 017.40999.56... Kalau malu whatsapp ajer... Anda akan diserap ke personal group dan kita akan coaching online... Takde nak keluar-keluar malam, meeting ke sana sini ke apa-apa... Loan juga tak perlu... Hanya RM75 sahaja... Then, kita sama-sama usaha... 


----------------------------------------------------------------------------------------------------------

pasal isu panda sila baca ni.... -->>>

TENTANG PANDA

Beberapa hari lepas panas isu tentang Panda. Hari ni masih panas lagi isu tu sampai saya boleh buat design t-shirt lagi hahaha. 

Yang menarik, ramai orang lihat pertikaian RM25 Juta itu satu jumlah yang banyak. Saya juga rasa ia sangat mahal dan sebab itu saya tulis status sebelum ini yang saya tak boleh komen lagi kerana saya tidak tahu kenapa sampai 25 juta tu. Dalam posting itu juga ada yang memberitahu tentang pelbagai rasional tetapi kebanyakannya menentang pembaziran 25 juta itu.

Saya mencapai kalkulator dan membuat hitungan sendiri. Ini macam gaya-gaya apek taukey sensei ambil sempoa dan buat perkiraan lah. Lalu saya mendapat sedikit kesimpulan yang boleh merasionalisasikan isu panda ini.

1. Malaysia bukanlah negara miskin sangat, cuma sedang tergesa-gesa juga nak capai W2020 tu dan nampak macam desperate kerana nak perkenalkan cukai GST. Namun, tidaklah sampai miskin nak keluar 25 Juta untuk Panda sampai nasib gelandangan, orang miskin tidak terbela. Memang ada keciciran dalam pengagihan bantuan kepada orang miskin, namun jika mahu pastikan orang miskin jadi kecukupan baru nak bangunkan ekonomi negara nanti kita tak seimbang. Ekonomi yang dipacu itu juga hasilnya untuk membantu lebih ramai orang miskin dengan nilaian yang lebih lagi. Soal korupsi itu simpan dulu, kita cerita yang ini dahulu (nak cerita korupsi memang tak habis)

2. Katanya, 25 Juta untuk 10 tahun itu bila saya tekan calculator memang boleh cover semula melalui peningkatan kunjungan ke Zoo Negara malah boleh jadi satu tarikan bertiket asing pula untuk itu. Tak banyak zoo seluruh dunia yang ada giant Panda. Malaysia boleh jadi attraction dari negara-negara berhampiran juga. Betul...memang ada orang obses dengan Panda sampai sanggup terbang jauh untuk tengok panda.

3. Selain dari itu, penaja-penaja haiwan menggunakan dana CSR mereka seperti contoh seperti Maybank menaja harimau di dalam zoo dan mengeluarkan perbelanjaannya sekali. Di situ sahaja syarikat sebegitu boleh mengurangkan cukai kepada LHDN dan dalam masa sama melakukan CSR yang memberi impak sosial terhadap jenama mereka. Ini sahaja saya fikir sudah berjuta-juta.

4. Merchandise memang lah ada, yang ni saya pun tak pandai nak kira boleh untung banyak atau tak. Tapi untuk nombor 2 dan 3 sahaja untuk 10 tahun sudah boleh cukup.

5. Khabarnya lagi, Panda di mana-mana negara di dunia datangnya dari China sahaja dan ia berikan hanya atas simbolik hubungan baik diplomatik secara bilateral antara 2 negara. Panda yang kita dapat ini satu tanda persahabatan antara China dan Malaysia yang TERGANGGU sebelum ini kerana isu kehilangan pesawat MH370. Ingatkah kita tanda persahabatan antara Ming Dynasty dengan Kerajaan Melayu Melaka dahulu ialah dengan menghadiahkan Puteri Hang Li Po yang (high maintenance) itu kepada Sultan Melaka? Tapi itu dululah...sekarang mereka pakai beruang Panda. Nabi Muhammad sendiri menerima tanda persahabatan dengan bekas Byzantine dengan menerima hadiah seorang hamba wanita bernama Maria yang kemudian dikahwininya. HUbungan dagang yang baik dengan China sahaja bernilai lebih 200 BILLION dan apalah sangat RM25 Juta untuk menjaga 2 ekor beruang panda.

6. Dalam keadaan status politik yang QUO, apa sahaja langkah memang akan dipertikaikan sesama mereka. Benda baik dan rasanya ada justifikasinya merata-rata dalam internet. Cuma kita perlu buka 2 belah mata supaya tidak membuat pertimbangan yang berat sebelah. Bagi ruang untuk penjelasan dan timabng-timbangkannya sebelum menyerang termasuk dalam page ini sekalipun.

Nak percaya ke taknak itu terpulang kepada semua. Itu hak masing-masing memang saya juga akui ramai yang susah nak percaya dengan penjelasan kerajaan setelah banyak yang ada sebelum-sebelum ini pun macam ada yang tipu-tipu. Jadi bila cakap benar pun orang susah nak percaya seperti cerita gembala dengan biri-birinya yang dibaham serigala.

Jangan salahkan panda, mereka semua comel dan tidak bersalah.

Terima kasih

Credit to Saiful Nang

No comments:

Post a Comment

MAHERAN BINTI MAHTAR
ID 933321
emasyok@gmail.com
017-4099956
Puchong Kinrara Putrajaya Subang Jaya Shah Alam
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Popular Posts