Apabila
datang kesusahan dan bala, baginda Rasulullah SallaLlahu 'alaihi
Wasallam selalu menganjurkan kepada para sahabatnya supaya memohon
bantuan daripada Allah Subha Nahu Wa Ta'ala. Kerana hanya Dialah yang
berkuasa melepaskan kita daripada sebarang kesusahan.Pada
suatu hari, baginda SallaLlahu 'alaihi Wasallam masuk ke masjid, kata
Abu Sa'id al-Khudri, lalu baginda melihat seorang lelaki Ansar bernama
Abu Umamah sedang termenung, pada wajahnya tergambar kedukaan. Kemudian
baginda Rasul bertanya; "Apa yang engkau buat di sini pada waku begini,
wahai Abu Umamah?"Abu Umamah menjelaskan; "Aku sedang bingung kerana terlalu banyak hutang, ya Rasulullah."
"Sukakah engkau aku ajarkan satu bacaan yang dapat melangsaikan hutang-hutangmu dan melenyapkan duka dan kesedihanmu?"Abu Umamah berkata; "Tentulah aku suka, ya Rasulullah!"
"Bacalah setiap pagi dan petang bacaan ini," kata baginda Rasul.Bacaan yang dimaksudkan baginda tersebut ialah;
"Ya
Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan
kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan;
aku berlindung kepada-Mu daripada [sifat] pengecut dan bakhil; dan aku
berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."
Kemudian
Abu Umamah berkata; "Doa tersebut aku amalkan dan akhirnya Allah Subha
Nahu Wa Ta'ala menyelesaikan hutang-hutangku, begitu juga kesusahanku."
Sesungguhnya
doa-doa ini bukanlah hanya sekadar doa yang memohon sesuatu daripada
Allah Subha Nahu Wa Ta'ala oleh orang yang malas bekerja. Tetapi, yang
demikian adalah suatu pertolongan yang timbul daripada kebenaran serta
keyakinan yang kuat. Maka dengan membacanya, orang bekenaan mampu manghadapi apa jua bentuk persoalan yang datang dalam hidupnya.Selain
daripada itu, doa-doa ini juga adalah suatu sempadan nilai yang
sewajarnya menjadi pegangan orang Mukmin, yakni setiap usaha dan
pekerjaan yang dilakukan adalah atas dasar iman dan takwa kepada Allah
Subha Nahu Wa Ta'ala.Maka,
diharapkan bertambah baik jiwa seseorang, bertambah mantap tekadnya,
setelah membaca doa-doa yang mengadungi motivasi ini. Lalu, kerana
berkat doa-doa ini, maka semakin baik pulalah amalan agama seseorang dan
bertambah baik pula kehidupan dunianya.
No comments:
Post a Comment