Like page FB : https://www.facebook.com/MummyMean.DaddyRie.Shine

Follow blog : click button follow di blog Vitamin Bite

Monday, June 17, 2013

SET KESUBURAN SHAKLEE

Salam hari Isnin..diharapkan semuanya baik-baik belaka..alhamdulillah hari ini diberikan kesempatan lagi untuk saya kongsikan sedikit informasi untuk rakan-rakan semua.Sebelum saya mengupas dengan lebih lanjut mengenai set kesburan shaklee..adakah anda tahu faktor-faktor yang menyebabkan hilangnya kesuburan pada lelaki dan perempuan??

Faktor ketidaksuburan pada perempuan

a)Ovulasi
Mengungguli senarai faktor kenapa wanita tidak subur adalah tiadanya ovulasi atau kekurangan ovulasi. Dalam erti yang mudah – pengeluaran telur daripada ovari adalah rendah atau tiada langsung. Penyebab biasa masalah ini ialah, PCOS atau penyakit polisistik ovari.


b)Berat badan
Wanita yang terlalu berat atau terlalu kurus juga dikenalpasti sebagai faktor sukar hamil. Jadi langkah terbaik adalah dengan mendapatkan berat badan unggul.


c)Usia


Umur sekitar 35 tahun ke atas adalah masa yang dianggap sebagai berkurangnya kesuburan wanita secara alamai. Hamil selepas 45 tahun adalah amat jarang berlaku walaupun tidaklah mustahil.


d)Masalah Di Tiub Fallopia
Ketidakbolehan tiub falopia membawa telur ke ke uterus daripada ovari juga menjadi punca. Mungkin sisebabkan tisu berparut atau jangkitan terdahulu atau endometrisis.


e)Masalah- Masalah Lain
Ini termasuklah pertumbuhan fibroid, tumor, masalah serviks dan bentuk uterine tidak tetap. Walaubagaimanapun, masalah-masalah ini agak jarang terjadi kepada wanita normal.


Faktor ketidaksuburan pada lelaki


a)Ketiadaan vas deferens (tiub panjang yang menyalurkan sperma) dan sperma tidak boleh keluar melalui pancutan air mani. Ini menyebabkan air mani tidak mengandungi sperma langsung apabila dianalisis.


b)Genetik — sama ada membabitkan kromosom, sista fibrosis atau masalah sindrom autoantibodi yang menganggap sperma sebagai bahan asing yang perlu dimusnahkan. Masalah autoantibodi biasanya membabitkan lelaki yang pernah menjalani vasektomi (kaedah pemandulan dengan mengikat vas deferens terutama di kalangan lelaki Barat). Bagaimanapun, kes ini juga jarang berlaku.


b)Masalah hormon — Paras testosteron atau hormon tiroid terlalu rendah


c)Masalah urat (salur darah) pada testis kembang atau timbul. Akibatnya, aliran darah tidak lancar dan boleh merosakkan epididimis dan mengurangkan jumlah sperma


d)Senaman keterlaluan seperti angkat berat. Dalam keadaan ini, badan menghasilkan steroid yang menyebabkan masalah ereksi, mengganggu keseimbangan hormon dan mengurangkan penghasilan sperma.


e)Tekanan, terutama di tempat kerja atau masalah psikologi.


f)Makanan, terutama jika terlalu banyak makan makanan laut (tiram, kepah, lala, kerang, kepala udang) kerana ia mengandungi banyak raksa yang boleh mengurangkan jumlah sperma.


Apakah suplimen SHAKLEE yang boleh membantu mengatasi masalah ketidaksuburan ini???








No comments:

Post a Comment

MAHERAN BINTI MAHTAR
ID 933321
emasyok@gmail.com
017-4099956
Puchong Kinrara Putrajaya Subang Jaya Shah Alam
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Popular Posts