Like page FB : https://www.facebook.com/MummyMean.DaddyRie.Shine

Follow blog : click button follow di blog Vitamin Bite
Showing posts with label SET PANTANG. Show all posts
Showing posts with label SET PANTANG. Show all posts

Wednesday, May 29, 2013

Fahami bagaimana susu terhasil & Tips mengepam dan membuat stok semasa pantang



Penghasilan susu sebenarnya bukan bermula dari proses supply and demand. Sejak hamil dan hari - hari awal selepas kelahiran, susu badan adalah dirangsang oleh hormon dan ia dipanggil sistem kawalan endokrin. Asalkan hormon yang dihasilkan sempurna, ibu akan menghasilkan kolustrum apabila telah melalui separuh proses kehamilan (dan hormon ini dipanggil Lactogenesis I) dan isipadunya akan bertambah (hormon Lactogenesis II) dalam masa 30 - 40 jam selepas bersalin. Sebab itulah ada ibu-ibu hamil yang sudah mengeluarkan susu sejak dari mengandung lagi.


Di akhir proses kehamilan, payudara sudah mula menghasilkan kolustru,, namun kerana paras progesterine yang tinggi, ia membantutkan rembesan susu dan isipadu akan menurun. Semasa kelahiran, pengeluaran plasenta telah menyebab kemerosotan yang mendadak paras progesterone/estrogen/HPL. Ia menyebabkan kehadiran paras prolactin yang tinggi dan memberi isyarat kepada penghasilan Latogenesis II iaitu penghasilan susu akan semakin bertambah). Walauapun penanda biologikal (biological marker) menunjukkan Latogenesis II bermula 30-40 jam selepas kelahiran, ibu biasanya tidak merasa payudara yang penuh (breast fullness) sehingga 50-73 jam (2-3hari).





Jelasnya, fasa awal penghasilan susu adalah dikawal oleh hormon, ia tetap akan hadir samada ibu mahu menyusukan bayi atau tidak. Penerangan di atas dijelaskan lagi dengan carta hormon di bawah.

Kebiasaan kita selalu dengar "Oh, susu takde lagi" "Susu tak keluar pun" bagi ibu yang baru melahirkan. Ia merupakan proses yang normal sebab semuanya di kawal oleh hormon. Dulu saya tidak faham konsep asas penghasilan susu dan ingatkan susu ni terus banyak macam air paip sejurus lepas bersalin. Hehehe rasa kelakar sangat. Itulah tak cukup ilmu masa tu. Boleh juga refer pada blog post Ira yang lepas pasal susu kurang semasa pantang?


Dah faham serba sedikit pasal penghasilan susu ni? Sebenarnya banyak lagi nak kongsi. InsyaAllah buat part by part nanti. Sumber rujukan yang paling Ira suke lawat kellymom. Sebab banyak belajar ilmu penyusuan disitu dahulu.



1. Mulakan pengepaman menggunakan pam
(Case 1) Jika bayi anda berada dengan anda sepanjang masa , maksudnya tidak di warded dan tiada komplikasi. Anda boleh memulakan pengepaman selepas seminggu kelahiran.
(Case 2) Jika bayi di warded dan anda terpaksa pulang dan meninggalkan bayi di hospital (worst case). Anda boleh mengepam 3 hari selepas kelahiran untuk dihantar ke hospital atau bermula hari pertama sekiranya bayi tidak dapat minum secara terus dari anda.



2. Bila harus mengepam?
Refer case 1 – setiap kali lepas baby minum & bila breast rasa penuh
Refer case 2 – 3 jam sekali & bila breast rasa penuh

3. Berapa lama harus mengepam?

Case 1 – 15 minit sebelah breast
Case 2 – 20 minit sekali sebelah breast



4. Berapakan oz yg sepatutnya saya dapat?
Untuk kedua dua case, bukan output(oz) yang menjadi ukuran tetapi masa yang dispend untuk stimulation (15min/20 min). Anda akan dapati output semakin meningkat hari ke hari.



5. Bagaimana harus saya simpan?
Simpan hasil pam yang pertama didalam fridge (katakan 1 oz). Hasil pengepaman yang kedua (katakan 1 oz) pun di simpan. Begitu juga hasil pengepaman kali ketiga dalam hari itu (katakan 1 oz) pun di simpan di dalam fridge (tempat tidak beku). Susu tahan selama 4 hari di dalam fridge.



6.Bolehkan saya mencampurkan semua susu yang saya dapat pam?
Boleh, asalkan suhu ketiga tiga susu diatas (refer jawapan no 5) adalah sama suhu (sejuk didalam fridge). Campurkan sebanyak 3 oz dan bekukan di dalam freezer. Labelkan tarikh.



7. Bolehkan saya beri susu yang di pam kepada bayi untuk diminum melalui botol (semasa dalam pantang)?
Anda digalakkan untuk TIDAK memberi bayi minum melalui botol selama 30 hari pertama untuk mengelakkan nipple preference. Kecuali dalam hal2 kecemasan seperti ibu ke klinik tanpa bayi, bayi ditahan di wad (refer case 2 di soalan 1).



8.Bagaimana jika bayi terjaga dan mahukan susu semasa saya mengepam?
Berhenti mengepam dan susukan bayi. Tiada istilah susu dah habis dipam kerana susu sentiasa dihasilkan. Selepas bayi minum, anda boleh sambung kembali mengepam selama 15 minit.



9. Boleh kah saya pam selama 1 jam berterusan?
Anda tidak digalakkan berbuat begitu kerana dibimbangkan akan merosakkan tisu nipple. Bagaimanapun, anda boleh mengepam 20 minit, berhenti 10 minit, dan sambung kembali selama 20 minit. Teknik ini dipanggil Power Pumping – khusus untuk mereka yang mahu meningkatkan penghasilan susu ataupun dipanggil relactation.



10. Bolehkah saya simpan susu sebanyak 8 oz satu bekas(untuk menjimatkan ruang di dalam freezer)?
Anda boleh. Cuma anda digalakkan menyimpan sebanyak 3 oz satu bekas untuk kemudahan anda/babysitter memberi bayi minum semasa anda mula bekerja nanti.



11. Bila saya boleh mula mengajar bayi minum susu?
10 hari sebelum mula bekerja dan meal semasa siang(dalam jangka waktu ibu bekerja) sahaja diberi botol.



12. Bagaimana kalau bayi saya tidak mahukan susu dari botol?

Jangan bimbang, mengajar bayi utk minum melalui botol adalah jauh lebih mudah berbanding mahu mengajarnya minum dari breast. Jadi jika dia berjaya minum dari breast anda, pasti dia boleh melakukannya utk minum dari botol. Bayi adalah makhluk yang paling bijak, dia tahu bila dia lapar. Orang dewasa bila lapar pun masih boleh buat tak tahu…tapi bayi akan meminta


Set Pantang Shaklee : Berkesan, Selamat & Berbaloi - baloi

credit to http://www.momsmilkyway.com

Memang pening nak fikirkan set bersalin mana yang akan dibeli menjelang hari bersalin. Sekarang memang ada macam-macam pilihan & jenama. Sebelum Shaklee ni terkenal dan famous, kebiasaannya ibu-ibu memang cari jamu la kan? Tapi malangnya beberapa hari selepas kelahiran, baby kena penyakit kuning, doktor pun tak bagi makan jamu yang telah dibeli tu. (Jamu dikhuatiri meninggikan paras kuning bayi). Yang boleh guna pun pilis je. Jadinya, jamu & herba biasanya akan dimakan dihujung waktu pantang.


Dari segi pemakanan pula, makanan sewaktu pantang biasanya kering, satu jenis dan tak complete sumber dari piramid makanan. Menu pantang Ira dulu:

sarapan > biskut lemak cecah kopi/milo
lunch > nasi putih panas & ikan merah masak stim/ ikan bilis black pepper
dinner > ulang lauk tengah hari tadi.
Buah memang ibu tak bagi makan, risau sejuk dan kita bentan. Tapi ada mommies yang makan oren masa pantang. Good, bagus untuk pelawasan.



Tapi alhamdulillah dengan adanya set berpantang Shaklee ni, tak perlu risau jika anak kuning atau makanan yang disediakan tak complete nutrisinya, ia boleh terus dimakan sebaik sahaja selepas bersalin. Sebenarnya sebelum bersalin pun dah boleh mula makan untuk membekalkan tenaga untuk meneran/push nanti. Hehe.


Ia semestinya set yang sangat menjimatkan kerana boleh terus dimakan even selepas pantang iaitu semasa menyusukan anak. Hanya tambah beberapa produk untuk milk booster. Pelaburan yang sangat berbaloi tau.



Jom kita tengok testimonial ibu yang berpantang dengan set Shaklee.
























MAHERAN BINTI MAHTAR
ID 933321
emasyok@gmail.com
017-4099956
Puchong Kinrara Putrajaya Subang Jaya Shah Alam
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Popular Posts